top of page
Search
iiumjournalismclub

Di Pengakhiran Ramadhan : Celakakah kita?


Mungkin di hari-hari akhir Ramadhan ini, kita semua sedang bertungkus-lumus memperbanyakkan amal ibadah kita. Sejak dari awal Ramadhan, bahkan sebelum menempuh Ramadhan lagi kita sudah sering diingatkan tentang fadhilat-fadhilat (kelebihan-kelebihan) yang Allah kurniakan khusus di bulan ini buat hamba-hambaNya.


Seringkali diumpamakan bulan Ramadhan ini seperti satu tempoh buat manusia untuk mengutip emas, perak dan permata sepuas-puasnya tanpa dikurangkan sedikit pun nilai hasil kutipan tersebut. Sudah pasti, siapa yang tidak terdetik langsung untuk memanfaatkan peluang tersebut adalah satu perbuatan yang sangat merugikan dan tidak masuk akal. Kerana itu tidak peliklah, Rasulullah saw pun menyebut “Amin” ketika Jibril mendoakan kecelakaan bagi mereka yang berpuasa, tetapi tidak mendapat keampunan.



Doa Jibril :

شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ

“Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya.”


[Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]


Jika kita amati, Allah telah menjadikan bulan Ramadhan ini keseluruhannya adalah bulan keampunan. Bahkan ibadah-ibadah harian yang kita wajib lakukan seperti solat, puasa, bahkan ibadah sunat, adalah semuanya berbentuk keampunan. Bahkan kaki yang melangkah ke masjid akan membawa keampunan Allah.


Manusia kebanyakannya akan menggandakan ibadah dalam Ramadhan. Yang malas solat, akan mulai solat, yang culas ke masjid, akan mula ke masjid. Cukuplah dengan dua ibadah wajib ini sebagai jalan mencari keampunan Allah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharam, diampuni dosa-dosanya yang lalu."


[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 37]


Manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan pun, akan mendapat keampunan Allah. Bahkan, kalau kita amati ibadah-ibadah lain di luar bulan Ramadhan sebenarnya adalah penghapus dosa. Dan amal-amal ini tercatat di dalam hadis-hadis yang sahih.


Berwuduk dapat menghapuskan dosa,

Solat dapat menghapuskan dosa,

Membaca al-Quran dapat menghapuskan dosa, bahkan setiap huruf yang dibaca ada ganjarannya.


Jadi di bulan Ramadhan yang dimuliakan ini, pintu keampunan yang telah dibuka seluas-luasnya, bagaimana mungkin ada hamba Allah yang tidak langsung mendapat keampunan Allah swt. Jika seseorang itu tidak memperolehnya, tidak hairanlah Rasulullah saw mencelakai golongan ini.


Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka ini.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Boleh jadi ada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan kelaparan. Boleh jadi ada orang yang bangun melakukan qiamullail, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada qiamullailnya melainkan berjaga malam."


[Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam (Puasa), hadis no: 1680. Syaikh al-Albani menyatakan ia hasan sahih dalam Sahih Ibn Majah]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْجَهْلَ وَالْعَمَلَ بِهِ ، فَلَا حَاجَةَ لِلَّهِ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji dan bodoh, dan beramal pula dengannya. Allah tiada hajat langsung kepada puasanya dia daripada makan dan minum."


[Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1679]


Maka, berlumba-lumba dalam beribadah di bulan Ramadhan ini adalah suatu kemestian bagi semua Muslim. Namun perlu diingatkan bahawa, Tuhan kita adalah Allah. Kita beribadah kepadaNya tidak terikat kepada ruangan masjid mahupun ketika Ramadhan sahaja. Kita adalah hamba Allah, biarpun dimanapun kita berada dan setiap detik dalam kehidupan kita. Tiada ruang dan waktu yang dapat kita escape dari hakikat ini.


Kerana itu, apabila kita menjadi alumni daripada madrasah Ramadhan ini, seharusnya kita teruskan segala amal ibadah yang kita lakukan. Allah menilai istiqamah dengan amal yang sedikit itu lebih tinggi berbanding amal-amal kita yang dikumpulkan pada musim-musim tertentu lalu meninggalkan di waktu yang lain. Benarlah kata para Salafussoleh :


كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

“Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadhan.”


Ayuh, semak niat dan matlamat amal-amal kita, apakah ia benar untuk Tuhan, atau ada asbab lain kita berubudiah?


20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


Post: Blog2_Post
bottom of page